SISTEM PEGUAM PANEL
Log Masuk Pengguna
Peguam panel Jabatan Bantuan Guaman (JBG) ialah peguam-peguam swasta yang terdiri daripada peguam bela dan peguam cara atau peguam syarie yang telah diluluskan pelantikannya dan didaftarkan dalam panel peguam JBG oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman.
Peguam panel JBG boleh ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes sivil, syariah dan jenayah di mahkamah dengan mewakili Orang Yang Dibantu yang telah diberikan perakuan bantuan guaman oleh JBG. Kadar bayaran oleh JBG bagi kos pengendalian kes adalah mengikut peraturan berkuat kuasa dan tatacara yang ditetapkan.
Peguam panel JBG yang memiliki kemahiran, kepakaran dan pengkhususan bidang tertentu juga boleh ditugaskan secara berasingan bagi memberikan khidmat nasihat guaman kepada Orang Yang Dibantu sama ada secara dalam atau di luar talian bagi apa-apa perkara yang dipertimbangkan perlu dan wajar oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman. Khidmat yang diberikan akan dibayar mengikut peraturan yang berkuat kuasa dan tatacara yang ditetapkan oleh JBG.
Peguam-peguam swasta yang berminat untuk didaftarkan dalam panel peguam JBG boleh memohon sama ada secara dalam talian dengan mendaftar sebagai Pengguna Baharu atau secara bertulis tertakluk kepada kriteria asas yang berikut:
- Individu warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia yang telah berdaftar dengan badan atau organisasi diiktiraf untuk mengawal selia profesion sebagai peguam bela dan peguam cara atau peguam syarie;
- Membekalkan profil lengkap firma atau syarikat guaman pemohon;
- Mempunyai sijil amalan guaman yang sah bagi tahun semasa;
- Mempunyai atau dilindungi polisi insurans indemniti profesional tahun semasa (bagi yang berkenaan);
- Mempunyai kemahiran atau pengalaman sekurang-kurangnya satu tahun dalam bidang amalan guaman sivil, syariah, jenayah atau mana-mana kombinasi dalam bidang yang tersebut; dan
- Mengendalikan kes-kes yang ditugaskan oleh JBG dengan mengutamakan matlamat memberikan akses kepada keadilan bagi warganegara Malaysia yang berkelayakan di bawah undang- undang berhubung bantuan guaman.